Sunday 13 February 2011

:: CyBer CriMe, ANDA perlu taHU!! ::


Assalamualaikum semua. ape habaq? sihAT kan, kalau tak, tak kan boleh walking-walking,, (hehehe)
Aku sebenarnya terpanggil nak cakap pasal isu  Cyber Crime atau jenayah siber ni, sebab usually kita sebagai pengguna hanya tahu guna komputer, laptop , dan internet dan sebagainya. Memang barang-barang ni banyak kebaikan tetapi kalau kurang kesedaran maka senang lar manusia tak bertanggungjawab akan ambil kesempatan ke atas kita.

Actually ape itu cyber crime atau bahase mudah jenayah siber?
Mungkin anda blur-blur lagi kan, ok.okk.fine.. cube bace antara jenis-jenis jenayah siber ni.:

1) gangguan siber 
Gangguan siber ialah berkaitan dengan menggangu atau mengancam pengguna internet. PElbagai saluran boleh digunakan untuk menggangu seperti mesej pada email, entry blog atau websit.

2) Pencerobohan
Pencerobohan ialah memasuki komputer seseorang atau institusi tanpa kebenaran.Contohnya pencerobohan bagi mendapatkan maklumat penting. Boleh juga menceroboh untuk mangancam pengguna dengan meninggalkan kesan seperti virus dan sebagainya.

3) Penggodam
Penggodam atau hacker ialah mengeksploitasi sistem keselamatan komputer atau memasuki sistem tanpa kebenaran dengan menggunakan taktik, pengetahuan tertentu dan kemahiran.Penggodam boleh dibahagikan kepada tiga iaitu penggodam topi hitam merupakan penggodam berniat jahat atau jenayah, penggodam topi putih merupakan penggodam beretika dan topi kelabu merupakan penggodam yang samar-samar.   

4) penipuan internet
Penipuan yang dilakukan menggunakan internet untuk menipu mangsa atau institusi yang berkaitan dengan kewangan supaya melakukan transaksi penipuan atau  memberikan maklumat-maklumat penting kepada pihak yang salah. Penipuan boleh berlaku pada email, chat room atau pada web.

"Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI.Sebab itu dengan mudah orang boleh memperdaya manusia dan hack sistem cam yang terjadi kat negara Estonia.
 
.

No comments: