Wednesday 30 March 2011

:: The DeatH of Kevin Carter ::




             Assalamualaikum kawan-kawan. Cube tengok gambar di atas.. rase-rasenya lar, aku nak membebel pasal ape erk?? ce teka,ce teka!hehe.. Actually aku nak cerita pasal KEVIN CARTER, korang kenal sape bro nie? ape pulak kaitan gambar kat atas tu dengan Kevin nie ? Mungkin korang semua dah tahu pasal cerita nie, tapi aku just nak berkongsi dan memperingati kembali sejarah nie, yela..aku akui aku pom giler bergambar, cume belom sampai seru nak beli DSLR,hehe.. so sebagai manusia yang suke bergambar, ape kate kite selongkar sikit pasal a great photojournalist iaitu KEVIN CARTER.

              March 1993, Kevin Carter telah berangkat dari Afrika ke Sudan untuk melaporkan tentang pemberontakan di negara tu. Sesampai di sana, dia mendapati pemberontakan bukan masalah besar tetapi kelaparan adalah masalah paling buruk. Cube anda renungkan gambar-gambar tu, nampak sangat krisis kebuluran teramat genting. Ketika berjalan di daerah tersebut, dia telah mendengar suara seorang budak perempuan sedang menangis. Dia terlihat anak kecil tersebut sedang menangis dan bersujud diatas tanah tanpa sebarang pakaian dan berkeadaan tulang temulang yang menonjol.Budak tersebut berusaha ke pusat makanan tetapi terus rebah kerana tidak berdaya. Tidak jauh daripada budak kecil tersebut, ada seekor burung pemakan bangkai yang setia menunggu untuk menyambar budak tersebut jika budak itu mati.


              Ape yang Kevin buat? dia hanya menunggu dan memerhati keadaan tersebut.Dan selepas 20 minit menunggu, dia melihat burung tersebut masih tidak berganjak dan si kecil masih penat dan menangis sendirian di situ. Kevin terus snap gambar tersebut dan bergegas ke tempat lain. Gambat tesebut telah dijual kepada majalah NEW YORK TIMES dan akhirnya telah diedarkan. Gambar tersebut telah mendapat liputan dan ramai rakyat dunia menanyakan perihal dan keadaan anak kecil itu. Tetapi malangnya nasib anak kecil tersebut tidak diketahui dan Kevin Carter telah dikecam kerana tidak menmbantu budak tersebut.

              Pada 2 April 1994, Kevin telah mendapat panggilan daripada NEW YORK TIMES dan memberitahu bahawa foto tersebut telah memenangi Pulitzer Prize 1994. Hadiah nie merupakan anugerah tertinggi kepada wartawan. Tetapi pada 27 julai 1994, dunia kewartawanan heboh dengan berita kematian Kevin. Kevin disyaki bunuh diri. Kenapa?

             Menurut kawan-kawana Kevin, selepas mengambil foto-foto tersebut, dia dihantui rasa bersalah kerana tidak membantu anak kecil tersebut.Kecaman yang diterima mengatakan dia hanya mementingkan diri dan kerjaya tanpa menolong membawa budak tersebut ke pusat makanan. Kecaman demi kecaman membuatkan Kevin tertekan dan membunuh diri. Nota bunuh diri yang telah ditinggalkan Kevin ialah :
 
"...I am haunted by the vivid memories of killings & corpses & anger & pain . . . of starving or wounded children..."


Kevin Carter
Moral value : Bersyukurlah di atas nikmat Allah kerana telah mengurniakan kita sebuah tanah air aman damai. Masalah kebuluran takda kat malaysia nie, kalo ade konpem Bersamamu on the spot mari. SO kawan-kawan, ambik lar mase sejenak untuk berfikir dan merenungi keadaan tersebut dan cerita diatas. Jangan membazir makanan lagi, ingatlah saudara kita di sana.Bersyukurlah dengan ape yang ade.   
SAY ALHAMDULILLAH...

Tuesday 29 March 2011

:: BanjIr MelandA U !! ::

              Salam semua..ape habaq warga blogger sayangku sekalian,,,hehe.. Nampaknya keadaan terengganu makin buruk.. Hujan lebat mencurah-curah tiap mase tiap hari dan menyebabkan kami pening kepala pikir nak sidai baju kat mane.. Dan akhirnya bilik kami dah jadi cam pasar malam, tergantung disana sini..hehe..

             Tapi yang paling best... U aku banjir woooo~ naek air sampai lutut. Dah banyak kolam-kolam baru wujud dekat unisza nie.hehe.Ingatkan banjir tak payah la pergi kelas tapi..kelas still berjalan cam biase.hampeh! dan paling bagus, pagi tadi aku dan kawan-kawan bersemangat mengharungi banjir untuk ke kelas, dan sampai kat kelas, kitorang diberitahu kelas batal...CEHH! penat je main air,! Nah korang, tengok foto-foto ni...mane tau korang tak caye U kami banjir..hehe.. best moment nie~








okeyh! semangat nak tunggu esok.. Nak harungi banjir lagi..yeah~ (^_^)

:: BerTukAr!!! ::


Assalamualaium semua. Hari ni aku nak cakap yang aku baru je mendapat semangat dan aspirasi baru daripada Tok Esah dan wootwoot.. Actually dyorang komen pasal blog aku dah lame, tapi after balik dari kem baru aku ade mase nak update dan improve ape yang telah dikritik oleh bro berdua ni..nak tau komen beliau?? 


Haaa, inilah yang diperdebatkan dalam facebook sebolom nie. Dan aku ucapkan berbanyak terima kaseh kerana secara tidak dirancang dan tidak sengaja beliau berdua berkongsi info dan mengkritik blog buruk aku ni. Kalau nak tunggu orang buat review blog aku ni,, konpem takde sape yang sudi. Terima kaseh ye abg berdua. Dan akhirnya blog aku bertukar wajah. Sikit-sikit je ubah, nak kasi nampak laen sikit, improve dan make up sikit.. header pom dah tukar..why?? even tak dikomen pasal header tapi aku nak tukar jugak, sebab saje nak test dan  nak kasi nampak berseri-seri..(perasan lebih)..hehe
Ini header lame…




dan akhirnya bertukar menjadi……
………………………
……………………….
………………………….
…………………………..



Amacam kawan-kawan….okeyh tak?? Kalau tak okey nampaknya aku kene improve lagi lar blog ni..hukhuk… pape pom aku dah puas hati!! Yeah!! Dan terima kaseh daun keladi lagi sekali kepada wootwoot dan tok esah!!
Adios~

Sunday 20 March 2011

:: Pokok BERperAsaan ? :

               Assalamualaikum semua.. Wiyerless U aku buat hal lagi, server down lar.. entah pape lar. tak pasal-pasal aku tak dapat menghupdate belog.hehe.Semalam stay up sampai pukul 4 pagi siapkan assignment dan petang pulak aku bantai tidur puas-puas, kononnya nak cover tidur semalam. Dan hasilnya, susah lar nak melelapkan mata, nasib baek ade belog ni. Peneman ketika suka dan duka dan..ketika tak boleh tidur,hikhik.

              So, kita buke story pasal tajuk atas tu. Ape korang fikir biler bace tajuk tu? Adekah pokok menangis? pokok duk gelak sorang2? pokok duk maen kejar-kejar? oh tidak.. Kalau lar wujud macam tu, aku lar orang first larikan diri. hehe. Seram woo...

             Cube bayangkan time korang berkelah di tepi pantai sambil menyandar di sebatang pokok, tibe-tibe batang pokok tu senyum kat kite, tak pom die buat muke marah, hah..pe reaksi korang.?larikan diri? tak pom yang ade DSLR pe lagi, snap pic banyak2 kan.hehe.. Actually pokok yang menyerupai expressi muka manusia ni wujud. Itu lah kekuasaan ALLAH dalam mencipta makhluknya. Jom tengok..

SMILE...
KISSING...
ANGRY...
DANCING....
PEN OFF..see you again. (^_^) thanx for visiting dear~

Thursday 17 March 2011

:: Si Cilik Cleopatra ::


Salam hari-hari semua.., Pernah nampak budak comel kiut miut kat atas nie? Mane tau korang pernah jumpe tepi jalan kew, kat shopping mall kew.. Tak permah jumpe? nak tau siapa sidia ni?.. lets cekidout!!

Nama si comel nie ialah CLEOPATRA STRATAN. Dilahirkan pada 6 Oktober 2002 di Chisinau , Republik Moldova. Menempa sebagai penyanyi cilik professional pada usia 3 tahun. perghh..hebat budak ni kan..


Si cilik Cleopatra ni pernah merakamkan albumnya berjudul La Vartua De Trei Ani yang dikeluarkan pada tahun 2006 dan opkos telah mendapat sambutan hangat masyarakat dunia.
Cleopatra telah mencatat rekod sebagai artis cilik yang membuat persembahan di atas pentas yang ditonton ribuan peminatnya.


Cleopatra pernah menerima anugerah penghargaan dari MTV Award sebagai artis termuda dan lagu paling hit.
Sekarang si comel Cleopatra telah berusia 9 tahun dan masih aktif dengan dunia nyanyianya. Nak tau best ke tak.. Jom layan lagu si Cleopatra bertajuk Ghita.. Lalalala~


Tuesday 15 March 2011

::Most DirTiest Cities In the WoRld::

     Hello anda semua.. sekarang nie time cuti sekolah kan. Mesti budak-budak sekolah sibuk je ajak parents pergi jalan-jalan kan. "jelesh".. hehe. So, sape-sape yang mahu berjalan-jalan keluar negara, perlu lah anda semua mengambil perhatian pada perkara ini,. (pergh..skema ayat,hikhik)..

::Most DirTiest Cities In the WoRld::

 

No. 1: Baku, Azerbaijan

Mercer Health and Sanitation Index Score: 27.6

 

 

 

 

 

No. 2: Dhaka, Bangladesh

Mercer Health and Sanitation Index Score: 29.6

 

 

 

 

 

 

 

No. 3: Antananarivo, Madagascar

Mercer Health and Sanitation Index Score: 30.1

 

 

 

 

 

 

No. 4: Port au Prince, Haiti

Mercer Health and Sanitation Index Score: 34

 

 

 

 

 

 

No. 5: Mexico City, Mexico

Mercer Health and Sanitation Index Score: 37.7

 

 

 

 

 

 

No. 6: Addis Ababa, Ethiopia

Mercer Health and Sanitation Index Score: 37.9

 

 

 

 

 

 

No. 7: Mumbai, India

Mercer Health and Sanitation Index Score: 38.2

 

 

 

 

 

 

 No. 8: Baghdad, Iraq

Mercer Health and Sanitation Index Score: 39

 

 


 

 

No. 9: Almaty, Kazakhstan

Mercer Health and Sanitation Index Score: 39.1









  



No. 10: Brazzaville, Congo

Mercer Health and Sanitation Index Score: 39.1

Friday 11 March 2011

:: WujUd ke Cik DuyOng?? ::

Aloha kawan-kawan semua...
Bace tajuk tu?? mesti korang dah boleh agak kan yang aku mesti bercerita pasal ikan duyong..hehe...betul lar  tu... tapi bukan nak cerita si duyung cantik cam gambar kat bawah ni...mengancam ouuu...hehe


Tetapi nak ajak korang berfikir sikit... Sebenarnya ikan duyung nie wujud tak erk?? misteri kan.. pernah gak terpikir kalo lar wujud adekah mirip gambar diatas? atau secantik Maya Karin ? atau seseksi Fasha Sandha? haaa, ade saper2 boleh jawab..nanti i kasi gula2..hehe..

Tyme aku duk terpikir-pikir nak cerita ape sal duyong ni, aku terjumpa beberapa keping gambar baby ni.. Semuanya berkeadaan macam ikan duyung, adekah baby comel ni ikan duyong? oh tidak.... mengikut pengetahuan aku lar, berlakunya seperti gambar tersebut kerana mutation atau chromosome not separate("ajar biology lak"hehe), ... jom view..


Ini baby from China, dilahirkan dengan kaki yang macam ikan duyong, iaitu bersambung, lagi menyedihkan apabila baby ni tiada reproductive organ dan lagi sedih, parent baby ni blah gitu je dan ditinggalkan sorang2 kat hospital..
Gambar kat bawah ni , doktor from Changsha Children's hospital buat operation untuk separate kaki tersebut.... tapi malangya......bayi tersebut meninggal kat hospital tu.....


Ini pulak baby from Peru, lahir pada tahun 2005. Badan hingga ke kaki baby girl ni bersambung dan bercantum menyerupai ikan duyung. walaupun berkeadaan sedemikian baby ni sihat dan sentiasa riang. Lebih-lebih lagi kalau di bawa mandi , lagi lar baby ni syokk dan kakinya yang melekat terus melonjak-lonjak..hepi betul..hehe



Tengok cam kesian kan.. time baby lagi boleh lar consider lagi tapi cube korang pikir bile da besar, macam-macam orang akan cakap, kan susah nak tutup mulut orang. Kite pulak sebagai manusia haruslah ambik iktibar, bersyukur dengan segala anugerah yang diberikan Tuhan.Ini tak......hidung kemek, g plastik surgery unutuk mancungkan, dagu tak panjang, g suntik botox, pipi tak macam pauh dilayang, g pakai susuk, muka tak cantik, g berabis duit kat spa/salon, body gemuk g sedut lemak...adoiyai..pe kejadahnya... 

Hargailah ape yang anda ada sekarang sebelum nikmat yang Allah kasi tu ditarik semula...
>> Peace No WaR!! hehe <<

Thursday 10 March 2011

:: HaiWan zaman MilleNium !!::

 Assalamualaikum semua...  
Korang mesti sayang giler kat lappy or notebook or PC korang kan.. ye la.. Kalo takde "mereka", camna la nak hupdate blog gempak korang kan.. hehe.. Dan secara jujurnya, lappy amat penting dalam kehidupan aku, dan semestinya korang pom sama kan, lebih-lebih lagi as a student. Nak wat assignment, presentation, semua gune lappy. Kalo takde camne la nak idop kan. So , hargai lah lappy anda. Kalo berhabuk, bawak2 la sapu or lap or vacum, sayangi la lappy anda k..

Pada zaman globalisasi ni kan, aku amat amat pasti semua orang celik IT, kan kan. Budak umor 5 tahun pom dah teror bab-bab computer nie , especially maen game, adoiyai..expert dowh... Kalau kat terengganu, kerajaan siap kasi e-book lagi, haaa,, lagi lar teror budak-budak zaman sekarang, buku teks tak payah bawak lagi, just berlenggang pergi skolah bawak e-book,("jelesh"),hehe..
Dan kamu-kamu semua, ish,, kalo lar tak reti komputer konpem malu siot, kenape? sebab bukan budak-budak je yang da celik IT, menatang binatang pom dah mula mengikut arus globalisasi....fulamak!! Memang malu tahap gaban ar kalau korang tak tahu camne nak tekan keyboard, on off PC, godek2 software..hehe... So , kalau taknak malukan diri, maka majukan diri anda.! 

Nah,,,,!! ni bukti yang menatang binataang zaman sekarang dah pandai main computer bro!!.. Mungkin suatu harii nanti  binatang2 ni buat blog, buke facebook, who know..pastu binatang2 tersebut add fb korang dan follow blog korang..perghhh!! lagi dasyat...haha..(merepek je aku ni,hihihik)..
Anda semua!! BewARe!!


pinjam jap! nak update blog nieh..

aisey! penat ooo layan peminat..gune kaki pom boleh la~

tadi cik cat suruh folow blog dye...mane ni....

aishh... harga saham jatuh pulak,,,,!! grrr..

alamak... huruf A kat mane....camna ni,..??!

type cepat2...byak lagi assugnment nie....!!

Maka begitu lah kisah haiwan-haiwan zaman globalisasi ni... kate "mereka", nak ikut arus kemodenan dan tak mau ketinggalan dalam era millenium ni.. Kita sebagai manusia ambil la iktibar. hehe At least kene lar tau picit-picit keyboard, dan tau camna nak guna Word,PowerPoint and so on.. hehe.. Kalo tak, malu je ngan menatang2 binatang yang tersebut ...hehe.. 
~~~adios~~~


p/s : jumpe manusia yg takut nk tekan keyboard PC, takut rosak katenye, maka jadi ilham wat entry ni..hehe bukan sindiran, nasihat yg sihat semata-mata..kih3

Wednesday 9 March 2011

:: menGhilangKah? ::

          assalamualaikum.., udah lame aku tak menjenguk blog,.huhu..Dekat seminggu...hmm... Terbaek kan.. Dan aku da tak tahu nak taip camne..apekah?? haha..Nak tau pe yang best sepanjang kehilangan aku? kitorang satu kelas kene p KEm KEboleh PasARAn Graduan.. cam best kan?? memang agak best lar,, Macam-macam aktiviti ade..dan yang paling aku tak boleh lupe time kembara masuk hutan panjat bukit bukau,redah sungai...haaa...cam seronok kan...
         Lagi lagi seronok bile da balik dari kem, kitorang disajikan dengan assignment belambak-lambak...best kan?..hehe. otak ku pom da tak berapa betul..huhu..Lagi best baju lom lagi sempat basuh kitorang satu kelas dapat surat kena pegi Kursus Bina Negara pulak,,, Oh tidakkk!! dimana weekend ku!! grrrrrrr! erm,,, tak tahu lar nak cakap camne tapi penat bolom lagi abis, dan kene pegi lagi... assignment pulak patah tumbuh hilang berganti.... adoiyai... berliku nya hidup ini... yang penting "seronokkkk" sangat2...
         Tak tau lar nape nama kelas kitorang yang naek, dalam banyak2 kos nape lar kitorang yang jadi mangsa..Tak paham aku,, macam nak dera jiwa dan raga dan prasaaan jerk... Ingat kitorang takde kije nak wat kot..tiap2 minggu kena pegi kem..aish... sungguh tidak adill...(emo giler.)ahaha...
          Dan mintak diri dulu ye kawan-kawan... mau pegi packing barang,..aishh~
         

Wednesday 2 March 2011

:: makan untuk hidup? hidup untuk makan?? ::

           Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL

CARA MAKAN
1. JANGAN makan BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA  MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
2. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
3. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.  
4. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat
bercampur dengan makanan laut. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya...
cobalah... Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek....
Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+
      sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan
maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat
merusak usus kita.
 
         Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap
kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagikebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah
membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).
 
 
 
(renung-renungkan dan selamat beramal)

:: KRU > HikaYat MerOng MahawangSa ::

 
     
          ASsalamualaikum semua.. korang bace tajuk kat ats tu? haaa..aku nak cakap sikit pasai criter trbitan KRU yang terbaru ni. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.(THe MALAY CHCRONICLES) Actually aku tak amek pusing sangat movie2 latest nie, coz ape yang aku tahu, kalo ade aku tengok, kalo tak ade suruh orang download,hehe Tapi tadi dalam kelas Lecturer aku ade lar crite pasal Cerite ni dan aku agak kagum dan tak  sabar nak tengok kehebatan cerita ni.
  
          Kalo KRU buat filem, opkos best kan (cicakman tak best pon,hik2), Menurut cerita lecturer aku tue, cerita kali nie hebat betul, sebab ade ala-ala lord of the ring dan pirate of the carribean, hah..gitu..Cerita ni jugak filem epik arahan Yusri Abdul Halim terbitan KRU Studios telah menelan belanja lebih kurang 8 juta. banyak woo...Lagi best, selepas sedutan aksi-aksi menarik filem nie ditayangkan di European Film Market,Berlin, 25 buah negara dah cop awal-awal nak daptkan hak pengedaran filem tu.hmmm.... kat Malaysia tak masuk tayang lagi kan.

          (sumber Utusan Malaysia Online)  Filem HMM yang ditulis oleh Amir Hafizi ini mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
        
          Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

     HMM ini diterajui oleh pelakon tempatan dan luar negara seperti Stephen Rahman Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Liu, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali dan Ummi Nazeera.



cantek pakaian dyorang kan..ahaks~
agak-agak bole lawan x kapal pirates of the caribean erk?
          Hah, puas cuci mate erk...hehe.. Sepatutnya diberi penghargaan lar kat KRU kerana buat satu filem sejarah melayu yang dapat menembusi pasaran antarabangsa. Dan budaya , sejarah dan adat ketimuran kite dapat lar ditonjolkan di mata dunia.. X gitu.hehe... (^_^)