Friday 22 July 2011

Berusaha lah mendaki, pasti gunung kejayaan ditakluki



Meow!Meow! Kucing hitam menjerit-jerit minta diberi perhatian. Beguling sana sini, sambil menggesel tubuh di pintu rumah. Aku memekakkan telinga. Malas.

Kucing. Aku kurang sikit dengan makhluk bernama kucing.Bukan tak suka,benci,menyampah, tapi aku hanya setakat suka, dan tak sampai ke tahap membelai, memandikan,tidur bersama dan sebagainya. Aku bukan jenis tu.Bila kucing rebahkan badannya minta dibelai, aku hanya mampu menggaru dagu kucing tersebut.Aku tak pandai nak peluk cium macam segelintir penggemar pets.hehehe

Meow~meow~ Mungkin lapar makhluk tuhan nie.Dengan pantas aku letak nasi dalam mangkuk dan mengambil seekor ikan goreng lebihan semalam.Aku duduk di birai pintu sambil tangan menggaul bakal rezeki kucing tu. Ligat kucing tu berpusing sana sini sambil terjenguk kepala kadalam mangkuk di tangan ku.

“Sabar yerk kucing, gaul sikit nasi ni dengan ikan goreng, kasi sebati, pastu baru best makan. Baru ade umphhh..hahaha”, Aku mengerling ke kiri dan kanan dengan ekor mata, takut2 ade yang cakap aku kurang siuman cakap dengan binatang.hehehe. Bela pets adalah salah satu terapi untuk mengurangkan stress! That’s the fact!

“Nah, makan lah wahai kucing2 yang tak ku kenali. Entah mana lah ko datang erk..Last2 duk rumah aku, kalo lapar lagi ko g lar kejar tikus pulak tau”,
Sambil menghidu nasi yang bercampur ikan goreng tu, kucing tu kerling aku.Main jeling2 pulak.meow~meow~ Aku tahu, ko tak jumpe ikan kan, yang ko Nampak nasi je kan. Cube gak ko makan nasi dulu, pastu nanti adelah ikan tu kat bawah. Aku saje taruk kat bawah, nak ko berusaha sikit.hehehe

Aikk, dengar cakap jugak kucing ni..Lepas habis, nasi kat bahagian atas, dengan rakus kucing tu makan ikan goreng yang dah hancur dikerjakan aku. Hah..seronok kan,,.berusaha habiskan nasi dengan pahit getir, pastu ko dapat kenikmatan berganda sebab makan ikan tu kan. Siap jilat2 sisa tu, memang bagus, ikut sunnah nabi,.Good job! 

Macam gak dalam kehidupan kita, kalau nak memperoleh kemanisan sesuatu, pahit getir ujian melanda perlu ditempuhi dulu. Kalau mudah putus asa,mengalah,give up bayang2 kejayaan pom takkan kita nampak. Selagi kita bernafas di alam dunia ni, bermacam cabaran dan ujian akan diturunkan tuhan keatas hambanya.
Semua ujian tersebut kalau dilalui dengan sabar, pasti manis kejayaan mampu digapai.Oleh itu, berusaha lah,pasti ada sinar kejayaan menanti.!



Friday 15 July 2011

DIA PROPOSE AKU..?! YUHUUU!


   Jarum jam menginjak ke angka 1.30 petang. Aku bergegas berwuduk dan terus menunaikan kewajiban yang satu itu. Jam 2 petang kelas mathematic akan bermula. Selepas bersiap ala kadar( actually aku budak selekeh je,muehehe) , aku terus mendapatkan teman ku AJ aka AJLAA untuk bersama2 ke kelas.

Sampai di pertengahan jalan, perut aku mula memulas, minta diburaikan segala isi. Dengan berpeluh2 aku menyuruh AJ menyusur dulu dan aku mahu menunaikan hajat..err… AJ berkeras untuk menungguku dan ia amat melegakan aku kerna aku memikirkan keseganan apabila masuk lambat kekelas.

Tepat pukul 1.55 petang aku dan AJ mula memasang langkah seribu. Keayuan berbaju kurung langsung tidak membataskan kelipasan kekudungan kami.. Sori lah AJ.. Sebab aku terpaksa berkejaran. Jatuh saham aje bila kumbang2 menjeling,, ceh! Macam tak pernak tengok pompuan ayu berlari aje..poodaah~

Satu lagi masaalah, Keadaan kolej matrik ni yang berbukit bukau. Nak ke satu tempat, mesti naek turun tangga yang tinggi ala ala batu Caves gitu. Penat! AJ dan aku naik dua petak tangga. Termengah2.Dari kejauhan aku dah Nampak cikgu lelaki muda yang rambut macam mawi menghala ke kelas.Langkah kami percepatkan. LEpas naik tangga kami turun pulak 3 tingkat tangga dan sampai ke blok. Kami panjat tangga lagi ke tingkat tiga. Sambil termengah berlari aku berdoa mintak2 cikgu tu tak sempat masuk, Nampak macam berlenggang kangkung.

3,2,1 yes!! Sampai akhinrnya kami ke bilik kelas tutorial tapi malang, cikgu dah dua langkah kehadapan.

“Shikano,AJ sape suruh masuk duduk, awak lewat 30 saat daripada saya, berdiri kat depan!” Telan air liur. Aku pandang AJ, Aj pandang aku. Dah ler kepanasan panjat bukit, turun bukit, sabar-sabar..

“Maap cikgu, kami lambat!! Kedatangan dua lagi kawan pompuan aku yang still tercungap-cungap menambah kelegaan kepada kami.Aku terkulat-kulat di depan, sekejap kuis kaki AJ sekejap baiki tudung kasi ayu biar cikgu sejuk hati,, tapi cikgu ni buat stone je,.. ceh! Tahu lah baru kawen.hehe..

“Ermm, cukup empat orang datang lambat, Naseb gak semua pompuan, kalau ade gentlemen haru biru korang..hehehe(gelak jahat cikgu dah keluar)..Kecut perut, telan air liur lagi..err..

“Will you marry me, shikano?”, Semua orang stare at me… “I’ll do”, dengan gugup aku menjawab,,, kelepuk kelepak bunyi semua budak kelas aku. Main2 tepuk tangan pulak. Merah muka tahan malu hanya Allah saje yang tahu. Pastu giliran kawan aku dan pasangan pulak propose.

Pergh.. Cikgu ni, nak denda pom agak2 lah, ade kew suruh maen propose2 pulak. Tunduk aje kami berempat memandang lantai. Aku cam biasa main kuis2 kaki dengan AJ.hehehe..

“Lain kali pastikan korang masuk kekelas before saya masuk, ada paham?, Budak berempat yang baru kawen, sila duduk.”

YES!! Dapat duduk..hehe..Tibe2 AJ angkat tangan. Aku siku tangan AJ takut die  buat benda bukan2..

“Errr, selamat pengantin baru cikgu, inai merah lagi erkk cikgu..tuu kat jari..hehe”
“Thanx, anyway..(sambil keluarkan phone) ,, nah tengok gambar kawen saya..Pass2 ikut turn ok!”,
Err, susah jugak dapat cikgu macam ni, denda pelik2 pastu sporting habis! ALAHAI CIKGUKU SAYANG~!

Adios~

Friday 8 July 2011

Hello kitty.. kawai!



     Mase kecik2 dulu, suke sangat kucing comel hello kitty nie..Selalu aje beli sticker pastu tampal kat basikal, punyalah bangga tayang kat semua orang. Tapi orang lain lagi ganas, ditampalnya sticker dragon ball, batman, superman,,, Konon ganas lah..Tapi hello kitty super cute..Comel aje.. intro ntah pape..ngehhehe..

     Permainan Hello kitty ni rupenya berasal dari Jepun dan telah terkenal di seluruh dunia. Aku langsung tak terpikir Hello kitty ni seekor kucing, aku just ingat ianya anak patung. Hello Kitty ni adalah salah satu watak fiksyen yang dihasilkan oleh Syarikat Jepun Sanrio dan yang paling popular di syarikatnya.

     WAtak Hello kitty  merupakan kucing putih bercirikan bow atau perhiasan lain pada telinga kiri dan tanpa mulut semestinya. Jangan korang duk memandai nak letak mulut, buruk jadinya,..

     Hello kitty asalnya muncul sebagai barang tarikan gadis muda dalam bentuk aksesori seperti dompet,beg dan macam-macam lagi. Tapi aku minat sticker je,,ngehhehe

     Hello kitty telah diberikan nama inggeris kerana budaya British adalah sangat popular dengan gadis-gadis jepun pada waktu penciptaanya itu.

     Dunia fiksyen Hello kitty ini lengkap dalam satu kelompok kumpulan kawan-kawan dan ahli keluarga. Malahan pada 2004 Hello kitty telah mempunyai seekor binatang peliharaan ianitu kucing yang diberi nama Charmmy kitty hadiah dari bapanya George White dan jugak seekor hamster Sugar namanya hadiah daripada pakwenya Dear Daniel.
kanokino.blogspot.com
george white, ayah nya..



Hello kitty pom ade pakwe beb,,.. Siap satu family dengan pets lagi. Semoga happy sentiasa yerk Hello kitty.hehe.. Nak kawen jemput lah gua! Haha..

Hello kitty cute! Meow2…

Kalau korang tahu suami/isteri berhubung kembali dengan EX..Ape tindakan anda?


      Hujan renyai-renyai membasahi bumi.Nampak segar si hijau mendapat H2O. Tidur tergolek sambil memeluk bantal busuk mesti lagi ssyok dalam sejuk cenggini.hehe.
What your first impression reading that title? Mesti dah start teringat kat EX/bekas memasing kang..Aish~hehe

     Cerita bermula apabila dalam perjalanan pulang kerumah setelah bertapa kat rumah akak aku, si abang ipar aku suke benor dengar radio xxx.. Aku tak suke sangat sebab kekadang lagu ntah pape dan lagu terlampau lame. Tapi terjentik hati aku nak stay tuned menadah telinga mendengar radio ni apabila topic kupasan adalah macam tajuk kat atas tu..haaa..Macam best kan, tapi memang best biler dengar celoteh dj dan komen2 pendengar.

     Kalau korang lah, ape tindakan korang apabila tahu makwe/pakwe, tunangan, isteri/suami korang berhubung kembali dengan bekas/ex dyorang. Adakah korang akan buat bodoh andai terserempak, melarang pasangan dari berhubung dengan EXnya, memutuskan terus hubungan andai pasangan dalam diam kontek EXnya, atau macam mana?

     Ni antara maklum balas pendengar radio tersebut yang berjaya aku rakam dalam memori..hehehe..

1-Kalau nak berkawan balik, go on tapi kena jujur dengan pasangan masing-masing.Jangan main sembunyi-sembunyi, karang tak pasal-pasal pasangan akan syak yang bukan2 dan hubungan terputus.Tak salah kalau nak kawan balik tapi pastikan pasangan tahu dan selalu up to date hubungan dengan EX with pasangan anda.

2-Buat ape nak berhubung kembali. Dah putus, putus lah. Tak payah nak buat baek sambung balik.No need dan jangan ganggu pasangan aku lagi!

3-Up to pasangan memasing macam mana nak menilai. Tak salah nak tambah kenalan tapi mesti pandai jaga adab dan batasan.

4-Ni komen paling best,.hahaha
Wi penampor sebijik sorang ,ke hok laki nge hok puang, napok ngat gelenya teh.
(translate : bagi penampar sebijik sorang, Nampak sangat dua2 gatal.. ) 



Ape pendapat korang pulak?..hehehe

Senyum seindah suria!! As-salam~