Wednesday 6 July 2011

:: RinDu RindU saYang ::



     Bila rindu,terkenang mu sayang terasa sayu...Rindu,, boleh dispesifikasikan  lah kite selalu ingat kat seseorang, selalu terbayang-bayang wajahnya, terngiang-ngiang katanya, terpandang-pandang senyumanya. Tiap kali nak buat kerja mesti si dia menyapa dalam ingatan.Lirikan mata, senyuman manis semanis kurma,ehemm.. suara manja mengasyikkan dan liuk lentok tubuh si dia mesti menjadi igauan.hehehe

     Itu belum lagi masuk frasa bercinta. Macam lagu Once Dealova, kau seperti udara yang ku hela kau selalu ada…Maknanya kalau takde dia, tak bermakna lah hidup. Maybe nak hidup pom fikir dua tiga kali. Sebab tu banyak sangat kes bunuh diri, sebab..putus cinta, cinta ditolak, cinta tak direstui.. Banyak sangat kes sedemikian, naik muak tengok sorang-sorang mati katak menempah neraka.Kubur tak terima tau orang yang mati bunuh diri ni.

     Bila dah bercinta, dunia ni ibarat ana yang punya. Bahagia nya tak terkata.Sehari tak ketemu si dia ibarat beribu tahun lamenya. Rindu mencengkam hati ibarat tercekik tulang ikan. Betapa kuatnya cengkaman.. Masa bercinta semuanya indah, Si dia kentut busuk pom, sanggup dicium sampai angau, si dia lupa nak basuh bedak sejuk di wajah, si dia masih memuji kecantikkan wajah ibarat bidadari.. Macam lah pernah tengok bidadari nun di sana..lara..

     MAsa bercinta jugak, yang celik cerah matanya menjadi buta. Bukankah cinta itu buta, YA!..Buta kerna kita seharusnya memilih seseorang bukan berdasarkan parasnya, tapi beralaskan agama, dan rohaniahnya. Tapi zaman sekarang paras rupa fizikal tampannya yang duduk carta atas pemilihan pasangan. Kalau camtu, orang takde rupa paras menarik takde orang nak lah erk? SALAH!!,.. Andai sudah tertulis jodoh nun di luh mahfuz sana, jodohmu dan si dia, taufan tsunami pom tak dapat menghalang. Sebab itu kita perlu percaya qadak dan qada kita.

     Sesungguhnya dijanjikan ALLAH setiap kebaikan akan dibalas kebaikan. Setiap kejahatan dibalas kejahatan. Cuma tinggal mase saje yang akan menentukan bila dimana bagaimana balasan tersebut dikenakan. Kita sebagai hambaNYA selalu lah beringat. Ingat mengingati kan amalan mulia. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini, sebab itu kita diciptakan saling melengkapi untuk kesejahteraan bersama. Fikir kan lah..

Sekian..


Footnote : Sekadar ingatan , and opkos aku tak tahu motif entry nie.. Tapi setiap calitan tulisan, ada makna tersirat,..hehehe… 



2 comments:

Hashira Yusoff said...

mak aihh...xkn jatuh cinta kooott?? hahaha... ^ ^

Ash Shikano said...

shira : hahaha...never say never...