Sunday 25 November 2012

Cuti sekolah.

Assalamualaikum..

Bangun pagi dikejutkan oleh pak cik ayam. Kokokan ayam bertalu-talu membangun kan jasad di keheningan pagi. Subuh. 

Kebiasaanya, bangun subuh dan terus terkejar-kejar untuk ke sekolah, tapi tidak hari ini. Sebab cuti sekolah dah bermula! oh yeah! 

Dari awal januari hingga ke penghujung tahun, tiap hari akan menyuakan muka ke sekolah. Belajar, exam, homework, kene bebel dengan cikgu, kena denda.

Time cuti sekolah, mesti ingat member2, cikgu2, kantin, tempat lepak, rasa nak pergi sekolah time tu jugak. Biler ingat homework, denda, exam, kalau boleh xnak sekolah da..kan..

So, adik2 sekalian, dan jugak para guru, enjoy you holiday. Selamat beristirehat. Penuhi cuti mu dengan aktiviti berfaedah lagi bermakna. 

Sesungguhnya daku ini sangat jeles kerana diri ini masih bergelumang dengan assignment, dan tunggu mase nak exam, Kepala berat, mata terjerat, hati sendat. huhuhu 

Anyway dear, selamat bercuti semua (^_^)  ! 


No comments: