Wednesday 5 December 2012

Muda Remaja

  Dia muda remaja,macam aku jua. Masih mencari nilai kehidupan. Nilai yang sesuai dengan pengharapan. Harapan yang membara tapi biasanya terbeban.

Bukan mahu kutuk, tapi realiti. Dunia remaja ibarat fantasi. Tidak berpijak di bumi nyata. Mencari keseronokan sekelip mata. Merasakan dunia mereka yang punya.

Bila seronok, iman ditolak tepi, nafsu disanjung tinggi. Mak ayah kadang di biar sepi. Kawan-kawan sentiasa ditepi. Cakap kawan terus tersemat di hati, cakap ibu bapa tolak ke sisi. 




Kekadang, hati terpikir, jalan mana patut diikuti. Takut juga tersembah bumi. Lalu otak kepala harus dikerah, berpandukan arah , biar terarah.

Biar otak dan hati berkerjasama , biar otak dan hati ibarat tangan menyuap , mulut terbukak, tekak menelan. Biar otak berfungsi, jangan rajakan sangsi, harus sentiasa di paksi , baru hidup bukan imaginasi tapi benar di posisi.

-Ash shikano
3.18 pm
23/11/2012

No comments: