Thursday 20 March 2014

CELA

Aku mula rasa skeptikal terhadap orang sekeliling. Skeptic (ragu-ragu) mula aku rasa bila aku di ofis terdengar orang ini cakap pasal orang ini dan orang itu cakap pasal orang itu.

Bagi aku tiada orang sempurna. Perfect mane mesti ade jugak lompang mane-mane.Jadi bila aku dengar orang ni cakap memburukkan seseorang, aku terpikir, hidup dia perfect sangat ke. takde cacat cela ke. 
 
 

Aku kalau boleh, akan hindar manusia yang suka cari silap orang dan jaja. Sebab aku rasa, nanti giliran aku pon tiba. Giliran kau di cacat cela. Yang omongannya kita tak tahu betul tidak, fakta or auta.

“Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).

Deep.
Kita tutup aib orang, InsyaAllah Allah tutup aib kita jugak.
Dalam kita menjaja, fikirlah , ape perasaan kita kalau orang lain cakap pasal kita.
Dalam kita mencacat cela orang, fikirlah dosa berhimpun kita.

Bukan cakap jer, menulis pon sama. Jangan nak susah cari cela orang semata nak sedapkan cakap or tulis kita. Tak perlu. 
 
kanokino.blogspot.com
 

No comments: