Tuesday 23 September 2014

Warung bawah jambatan


Hari ini aku pergi jejalan dengan mak dan adik aku. Lepastu, singgah lepak jap kat satu warung bawah jambatan. Memang warung ni lejen la sebab dah lamaa dulu lagi wujud.

Aku biasa singgah sini dengan ayah aku je. Sebab ni tempat lepak ayah aku masa rehat waktu kerja dulu. So , ayah aku biasa ajak teman minum2 sambil menyingkat nostalgia lama. 

Aku kurang suka. Sebab pelanggan yang ada pak-cik. Lelaki. Kurang selesa. Tapi sebab pergi dengan ayah aku, aku sanggup juga. Ada lah jugak perempuan yang datang , tapi sekerat je. 

Macam hari ni, semua meja penuh. Semua golongan lelaki. Sobss.. So, aku cecepat bagitau mak aku, aku segan. Nak lalu cari meja kemainn lah jadi center of attraction. Malu lah. 

Dalam malu cenggitu order jugak tea ping penghilang haus tekak.haha. Sambil jamah keropok lekor panas-panas. Habis malu. Ok, sekian aku merapu. Jumpa lain waktu. :)


Monday 22 September 2014

Senyap

Assalamualaikum..


Lama gilerr aku tak masuk blog.Sign in tak, jenguk-jenguk pon tak. Sori dear Mr blog. ni aku nak menaip balik pon dah rasa kekok. Nak masuk gambar pon dah rasa tak pandai. Lain. Dulu setting macam lain je. Haa nampak betapa lama tak jengah sini. 

Sibuk.Hmm... Boleh kate macam tu lah. Dengan praktikal. Jadi pelajar tahun akhir. Kena buat projek akhir. Memang sibuk, Tapi dulu sebab sibuk , aku tension, aku curah luah kat Mr blog. Ni dah meningkat dewasa sikit terus lupa agaknya. Ape khabar semua, baik2 aje kan. Kekok lah.haha

Aku ingat nak menceburi balik bidang ke-blog-kan nih. Sebab aku rasa boring duduk kat rumah tanam anggur. Sambil seru-seru kerja suh datang menjelma. Aku dah habis belajar. Tunggu nak konvokesyen. Yuhuu.. Tak sabar eden. hehe. 

Ok. Next post aku nak membebel panjang-panjang. Walau aku tahu, akulah sendiri pembaca setia blog ni. Korang, kalau baca, memang geng lah kita. 

Ok kalian. Jumpa lagi :)