Friday 31 October 2014

Tak reti nak syukur?

Assalamualaikum.

Sana sini terbaca dan baca tentang kesusahan orang , kesulitan dan masalah dihadapi. Ada yang dari sihat jadi sakit, cergas jadi tak boleh bergerak, sempurna anggota jadi cacat, ya rabbi, banyak. Sampai buat aku terfikir, dugaan orang lagi teruk dari kita,tapi kita masih lagi merungut2 tidak cukup itu ini. 

Sehari sebut Alhamdulillah banyak mana agaknya. Ingat pada tuhan tiap waktu dan ketika? Kalau tak dek panggilan sahutan suruh solat,rasanya takde ingat sama Pencipta. Allahu. 

Zaman sekarang banyak sangat benda lalai. Remaja,budak2 sekarang sudah lain. Bukan macam tradisional dulu. Dengan bantuan subjek pendidikan islam kat sekolah lah yang buatkan kita ada juga nak ingat pada Allah. Tu pun bukan subjek feveret. Pendidikan musik lagi di tunggu. 

Tak sindir tempelak sesiapa. Tapi duk tenyeh2 hati sendiri. Lalai. Lara. Ingatlah Rabbu mu. Dia pencipta. Hidup kita atas kasih Dia. Dapat hembus nafas tarik oksigen semua dengan izin Dia. Tapi masih sombong nak ikot perintah Dia. Duduk di bumi Dia. Tapi tak reti nak bayar sewa yakni buat apa di suruh tinggal yang dilarang. Tak reti lagi?


No comments: